Monday 18 June 2012

JANGAN BERSEDIH

Alhamdulillah.
Saya diberi juga kekuatan untuk menyudahkan entry ini.
Ini sebenarnya hadiah untuk seorang sahabat.
Sahabat yang sedang mencari kekuatan untu menghapus kesedihan.
Walaupun perkenalan kita hanya di muka buku.
Eh, macam lagu najwa latif pulak =.=
Saya rasa ini yang mampu saya kongsikan.
Untuk menyalurkan kekuatan itu, saya rasa saya sendiri belum cukup kuat.
Masih ada rongga kosong yang menuntut untuk dipenuhi.

Sahabat,
Setiap ujian yang datang menjengah ada nilainya tanpa kita sendiri sedari.
Nilai yang kita sendiri tidak pernah jangkakan.
Ujian itu sebenarnya hadiah dari-Nya untuk kita.
Betul, setiap ujian menuntut kesakitan, kecelaruan dan kepedihan yang amat sangat.
Tapi sahabat, kita punya pilihan.
Sama ada untuk terus bergelumang dengan kesakitan itu, mahupun membasuh luka lara.
Kekuatan perlu dicari, bkan dinanti.
Macam mana? Dimana? Bagaimana?
Serahkan segalanya pada DIA.
DIA Yang Satu.
Baliklah pada-Nya.
Yakinlah setiap kehendak-Nya itulah yang terbaik.
SEDIH?
La Tahzan, Allah sentiasa bersamamu.


LEMAH?
Allah takkan menguji hamba-Nya diluar kemampuan mereka.
SUNYI?
Allah itu dekat.

Sahabat,
Kita semua sama.
Kita pernah terhantuk, terjatuh dan hampir tersungkur.
Tapi kita mampu bangkit.
Allah takkan ambil sesuatu dari kita kecuali untuk menggantikannya dengan yang lebih baik.
Percayalah,
Janji Allah itu pasti.

Percayalah.
Sehebat mana perancangan kita dalam mengatur kehidupan seharian,
Hebat lagi perancangan yang telah ditentukan-Nya untuk kita.
Kerana, hanya DIA Yang Maha Mengetahui.


sahabat,
la tahzan :)

0 nota kecil:

Post a Comment

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template