Friday 29 June 2012

MENILAI DAN DINILAI

kadang-kadang manusia ni mudah sangat nak menilai.
hanya dengar satu dua ayat, lihat sekilas pandang, macam-macam tafsiran kita buat.
pelbagai andaian yang kita fikir.
mudah kan?
menilai tanpa kita tahu cerita sebenarnya.
tanpa dengar cerita dari tuan punya diri.

begitulah kita.
sebagai seorang manusia.
terlalu mudah untuk menilai.
sangat senang untuk judge orang.
even,orang yang kita tak kenal sekali pun.
dan yang paling kejam,
kadang-kadang kita menghukum hanya kerana penilaian kita.
TT
adil ke kita pada orang yang kita judge malah kita hukum itu?
sudah tentu TIDAK!
malah kalau berlaku ada kita sekali pun, kita akan persoalkannya.

sahabatku sayang,
tak salah kita mahu melihat.
mendengar sekalipun.
but, PLEASE.
don't judge.
jangan menilai.
apatah lagi menghukum.
kita tak tahu apa yang mereka lalui.
kita tak tahu apa yang mereka rasa dalam diri mereka.
kita insan biasa.
pengetahuan kita terbatas.
sudah tentu ada sebab kenapa liku hidup mereka begitu.
sudah tentu ada alasan kenapa Allah aturkan hidup mereka macam tu.
Allah itu Maha Mengetahui.
tapi kita?
kita tak tahu.
jadi apa kuasa kita untuk menilai dan menghukum?



pada sahabat yang dinilai mahupun dihukum,
bersabarlah sahabat.
setiap yang pahit, ada manisnya.
biarkan mereka menilai.
nilaian mereka sebenarnya tidak memberikan gambaran diri anda,
tetapi gambaran diri mereka sendiri.
=.=


apa yang berlaku dalam hidup anda, hanya anda dan Dia Yang Mengetahui.
hanya anda yang lalui dan rasa.
jadi mereka tidak ada hak untuk berkata apa-apa.
LANGSUNG TIDAK.
jadi,jangan dengar cakap mereka.
jangan biarkan mereka influence hidup anda.
yakinlah pada perjalanan hidup anda yang telah diaturkan oleh Dia.
Dia kan Yng Maha Mengetahui.
Dia tahu yang terbaik untuk kita.
insyaAllah,apa yang sedang kita lalui, itulah yang terbaik.

p/s: jangan menilai seseorang kerana masa silam mereka, mereka tidak lagi tinggal di masa silam mereka :)


wassalam.

6 nota kecil:

  1. thats y org kate dont judge the book by its cover.. hee.. :)

    ReplyDelete
  2. betul tu @milasharmila :) tapi kebiasaanya,itulah yang orang selalu buat.

    ReplyDelete
  3. cantik...
    inna pernah naik 1 flight dgn kak irma nie. masa tu tgok dia sgt cantik sbb dah bertudung. comel. :)

    ReplyDelete
  4. @miss ina,bertuahnya.tapi betulkan,tertutup itu lebih indah :)

    ReplyDelete
  5. tak kenal maka tak cinta .
    hehehe :D

    ReplyDelete
  6. betul tu @eikynsilent.
    kena kenal2 dulu kan.huhuhu ;)

    ReplyDelete

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template