Wednesday 11 July 2012

SEMALAM

assalamualaikum semua.
hai cantik dan kacak.
*angkat-angkat kening*

semalam,ada suatu kejadian berlaku.
dan ia mengingatkan saya pada satu fasa dalam hidup saya.
satu fasa yang telah lama saya tinggalkan.
dan sekarang,ianya hanya kekal sebagai satu pengajaran.
betul orang cakap,SEJARAH boleh mengajar kita.

tak perlulah diungkit fasa gelap itu lagi.
cukuplah untuk tahu,ia meninggalkan impak yang besar.
dan juga mengajar saya untuk lebih berhati-hati.

ahamdulillah.
sejarah itu mengubah saya.
mengubah pandangan hidup saya.
kenapa?
kerana sejarah itu, saya menjadi semakin kuat.
betul,kadang-kadang Allah hadirkan seseorang untuk menguji kita.
dan,alhamdulillah selepas ujian itu,ada sesuatu yang indah dan lebih besar menanti.
insyaAllah.

pelangi pun datang selepas turunnya hujan ;)
betul kan,
salah yang lama bukan untuk di ulang kembali.
ambil pengajaran,jadikan sempadan.
sampai bila nak jadi orang yang bodoh kurang cerdik,
mengulang salah yang sama?

percayalah sahabat,
Allah takkan menguji kita diluar kemampuan kita.
Allah tahu kita mampu.
Cuma,kita perlu percaya dan yakin.
Percaya dengan janji Allah.
Dan yakin,bahawa hanya Dia apa yang terbaik untuk kita.

mungkin kita pernah ada masa lampau yang agak suram,
tapi jangan lupa,kita juga ada masa depan.
kita tak mampu undur balik ke masa lampau,
tapi kita mampu jadi lebih baik di masa depan.
kan?

terima kasih ya Allah atas nikmat-Mu yang tak terhingga.
insyaAllah,itulah yang terbaik.

hanya Dia Yang Maha Mengetahui :)

alhamdulillah,
salah seorang adik  lain abah,lain mama telah melangkah ke fasa yang baru.
tahniah adikku sayang.
sebagai seorang kakak,saya gembira buat kamu.
semoga,perjalanan kamu untuk membina syurga cinta dunia dilimpahi rahmat.
insyaAllah.

ada tak jual yang macam ni?
kot boleh buat hadiah kan? ;)
dahlah,makin berjela,makin menyimpang pulak.
nak sambung buat kerja lak.
=.=
wassalam.

9 nota kecil:

  1. sangat seronok membaca.. apa yg kamu katakan saya sokong :)

    ReplyDelete
  2. @aku penghibur,thanks.alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. @nursyaida,terasa kat part mne nie?huhuu..tahniah ;)

    ReplyDelete
  4. Masa tk boleh dputar smula. Tp prcayalh stiap apa yg brlaku sudah diatur dgn rapi skali. Kdgkala kita anggap tndakn kita bodoh, tp sbnrnya tidak..
    Keep move on!

    ReplyDelete
  5. @cinta misteri,btul.as human,kita kena percaya yang setiap perkara berlaku,ada hikmahnya. yeahh,move on.Allah ada bersama kita.

    ReplyDelete
  6. suka entri ini..saya setuju..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

    p/s: datang follow kat sini...follow blog sy juga ya =)

    ReplyDelete
  7. @ainun m,thanks.. betul2 tu.
    thanks,dh follow awk jgk ;)

    ReplyDelete
  8. eleh akak, tanye lak.. haha.. aduyai, xtau nak ckap cmne lau org ckap tahniah, =.=' haha

    ReplyDelete

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template