Wednesday 23 January 2013

HAKIKATNYA, KITA..


pada hakikatnya,
kita tak selalu kuat.

kita cuma memilih,
untuk nampak kuat
dan tidak terlihat lemah dimata manusia.

sedang di depan Tuhan,
tanpa malu dan segan,
kita mengaku bahawa kita lemah.
dan sudah tidak mampu.
merintih tanpa suara.
ditemani mutiara jernih yang jatuh tanpa sedar.

andai manusia tahu apa yang kita lalui,
maka mereka akan tertanya,
bagaimana kita mampu.
mereka juga akan mengerti,
mengapa kita begini.

akhirnya, mereka akan sedar sendiri.
dan belajar bersyukur.
dengan apa yang telah Tuhan beri.
________________________________________________

assalamualaikum.
lama dah rasanya tak membebel  kat sini.
maklumlah, awal masuk sem, agak kelam kabut sikit.

untuk kali ini, cukup lah sekadar ingin berpesan.
bersyukurlah dengan setiap apa yang kita miliki.
kerana itulah yang terbaik untuk kita.

dalam love letter, Surah al- Baqarah ayat 216 pun ada sebut,
" Boleh jadi kamu membenci sesutu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi( pula) kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

kenapa mahu di cemburu pada yang lain?
kita hanya nampak luarnya sahaja.
ketawa, senyum bukan bererti dia tiada masalah.
hidupnya senang lenang tanpa dugaan.
siapa tahu, hatinya mungkin menangis.
jiwanya mungkin merintih.
siapa tahu kan.

belajar lah memandang yang kurang.
manfaatkan apa yang ada.
siapa tahu, yang lebih pada orang lain,
 mungkin akan bawa kekurangan dalam hidup kita.
kita pun tak tahu, 
mungkin kurang yang ada pada kita,
itulah kelebihan sebenarnya.

p/s:
bahagia itu bukan memiliki semua yang kita cinta.
bahagia itu, cinta apa semua yang kita miliki. in sha Allah.



18 nota kecil:

  1. ngee after a long time k fifi x update, akhirnya ! entry best :)

    ReplyDelete
  2. menerima kelebihan dan kekurangan lebih baikkan?..sentiasa bersyukur itu yg akan membuat kita tenang..
    salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
  3. Nampak kuat dan jadi kuat, besar bezanya. :)

    ReplyDelete
  4. sy pmnt setia entry awk..hehe

    ReplyDelete
  5. @pudd caramel,hee. thanks sbb sudi tgg :)

    ReplyDelete
  6. @nursyaida,thanks. kak fifi pun enjoy bca blog kmu :)

    ReplyDelete
  7. @ky, btul tu. bersyukur dgn apa yg kita ada. salam Maulidur Rasul jgk :)

    ReplyDelete
  8. @fel,btul2. bnyk beza nya walaupun nmpk mcm sma ^^,

    ReplyDelete
  9. @piko,thanks. sy pun pminat setia entry awk :)

    ReplyDelete
  10. untung kan kalau semua orang mampu berfikir positif macam awak.bila saya baca.. saya pon terasa dimotivasi :)

    ReplyDelete
  11. Takkan ada rasa cemburu kalo kita tahu menghargai setiap apa yg ada disekeliling kita. Betul kata ang, kelebihan pada org lain mungkin akan jd kekurangan utk kita. Mcm pokok, xsemua boleh terima baja yg sama..

    Nice one, Fifi..=)

    ReplyDelete
  12. @afzal, trima kasih. jom sma2 sbarkan aura positif :)

    ReplyDelete
  13. @amirul, btul jgk ckp ang. sy suka pepatah tu, tak smua pokok boleh trima baja yang sma. thanks :)

    ReplyDelete
  14. in syaa Allah, hakikatnya...kita...kene terima apa adanya...dengan penuh redha :')

    ReplyDelete
  15. @encik hati, betul. in sha Allah, apa yang diberi, itulah yang terbaik untuk kita ^^,

    ReplyDelete

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template