Tuesday, 5 February 2013

Papan Tulis #2

15 nota kecil

kita tak boleh ketawa berkali- kali untuk lawak yang sama.
tapi kita boleh menangis berkali- kali untuk perkara yang sama.

Friday, 1 February 2013

Allah VS Manusia

2 nota kecil


carilah redha Allah.
bukannya redha manusia.
carilah pandangan Allah.
bukan juga pandangan manusia.

biar kita hina di hadapan manusia.
jangan sampai kita hina di hadapan Allah.
biarlah manusia marah sekalipun.
asalkan jangan sampai Allah marah.
kerna, kita takkan mampu.

redha dan pandangan manusia itu hanya sementara.
kerana fitrah manusia itu sendiri mudah lupa.
namun redha dan pandangan Allah itu indah.
juga bahagia.
bukan hanya setakat di dunia.
in sha Allah, berterusan hingga akhirat sana.

hakikatnya.
syurga.
hak milik kekal Allah.
bukan manusia.

_________________________________________________________________

assalamualaikum.
salam Jumaat untuk semua.

entry ni untuk renungan kita bersama.
tak dapat dinafikan, dalam hidup bermasyarakat ni,
kadang- kadang kita dimomokkan dengan kerisauan terhadap pandangan orang sekeliling.
sebagai contoh,
malu kalau orang bercakap belakang setiap kali kita melakukan kebaikan.
ataupun,
takut dipandang serong apabila cuba menyampaikan kebaikan.
atau, boleh jadi,
 bimbang hilang kawan apabila kita cuba melakukan perubahan.
itu antara contohnya lah yang saya rasa umum dan sering dipersoalkan.
kita malu, takut dan bimbang sedangkan kita buat benda yang betul.

ya, kita sudah buat benda yang betul.
jadi, tolak tepi semua bisik- bisik angin yang negatif tu.
mungkin mereka tak mampu nak terima apa yang kita buat.
bukan masanya lagi.
siapa tahu, tak lama lagi, mereka juga akan dipihak kita.

yang perlu kita tahu dan yakin.
hidup ini memang ada hakimnya.
bukan Luqman Hakim ataupun Norman Hakim ye.
tapi, hakim yang memerhatikan segala tindak tanduk kita.
dan yang pasti, hakim itu bukan lah dari kalangan kita.
kerana, hakim itu tak pernah mati dan tak akan mati.

jom kita sama- sama berusaha untuk mencari redha- Nya.
biarpun dengan sekecil- kecil usaha.
in sha Allah, ada nilainya.
in sha Allah.


 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template