Wednesday 22 May 2013

Sebab Kita Manusia

6 nota kecil
A: Kenapa saya tak boleh dapat apa yang saya mahu?

B: *tunduk, senyum*

A: Kenapa awak tak jawab? Awak rasa saya loser?

B: Sebab saya pun tak dapat semua yang saya mahu.

A: *senyap*

B: Awak nak tahu sesuatu tak?

A: Apa dia?

B: Awak dan saya, kita sama. 

A: Sama? Maksud awak?

B: Kita manusia. Manusia yang tak mampu ada semua.


p/s: bahagia itu ada.
p/ss: bahagia itu cintai semua yang kita miliki.
p/sss: bahagia itu bukan miliki semua yang kita cinta.
p/ssss: selamat berbahagia semua. insyaAllah :)



Sunday 12 May 2013

HIDUP

2 nota kecil


Ketika kita memiliki sesuatu.
Memang kita harus siap- siap untuk kehilangan.
Itu hidup, bukan?

Tapi aku juga masih percaya.
Setiap kehilangan yang berlaku.
Pasti ada yang lebih baik sedang dipersiapkan untuk kita.
Cuma, mungkin perlu sedikit masa.

Monday 6 May 2013

KEMBALI

3 nota kecil

selepas hampir tiga bulan.
jari- jari kasar ini akan kembali menaip.
:)

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template