Thursday, 31 January 2013

Papan Tulis #1

4 nota kecil

kamu perlu tahu.
semua soalan ada pasangan jawapan.
untuk keduanya bertemu, hanya perlu waktu..

Wednesday, 23 January 2013

HAKIKATNYA, KITA..

18 nota kecil

pada hakikatnya,
kita tak selalu kuat.

kita cuma memilih,
untuk nampak kuat
dan tidak terlihat lemah dimata manusia.

sedang di depan Tuhan,
tanpa malu dan segan,
kita mengaku bahawa kita lemah.
dan sudah tidak mampu.
merintih tanpa suara.
ditemani mutiara jernih yang jatuh tanpa sedar.

andai manusia tahu apa yang kita lalui,
maka mereka akan tertanya,
bagaimana kita mampu.
mereka juga akan mengerti,
mengapa kita begini.

akhirnya, mereka akan sedar sendiri.
dan belajar bersyukur.
dengan apa yang telah Tuhan beri.
________________________________________________

assalamualaikum.
lama dah rasanya tak membebel  kat sini.
maklumlah, awal masuk sem, agak kelam kabut sikit.

untuk kali ini, cukup lah sekadar ingin berpesan.
bersyukurlah dengan setiap apa yang kita miliki.
kerana itulah yang terbaik untuk kita.

dalam love letter, Surah al- Baqarah ayat 216 pun ada sebut,
" Boleh jadi kamu membenci sesutu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi( pula) kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

kenapa mahu di cemburu pada yang lain?
kita hanya nampak luarnya sahaja.
ketawa, senyum bukan bererti dia tiada masalah.
hidupnya senang lenang tanpa dugaan.
siapa tahu, hatinya mungkin menangis.
jiwanya mungkin merintih.
siapa tahu kan.

belajar lah memandang yang kurang.
manfaatkan apa yang ada.
siapa tahu, yang lebih pada orang lain,
 mungkin akan bawa kekurangan dalam hidup kita.
kita pun tak tahu, 
mungkin kurang yang ada pada kita,
itulah kelebihan sebenarnya.

p/s:
bahagia itu bukan memiliki semua yang kita cinta.
bahagia itu, cinta apa semua yang kita miliki. in sha Allah.



Saturday, 19 January 2013

DOSA DAN PAHALA

0 nota kecil
siapa pun dia dahulu atau sekarang,
apa sahaja dosa yang telah dia lakukan,
kita tak ada hak untuk meNERAKAkan dia.

kerana yang memberi dosa pahala,
hanya satu.
ALLAH.
bukan kamu.
manusia.
yang asalnya juga dari tanah macam dia.


p/s: entri sebelum ni, HILANG terdelete secara tidak sengaja.
      maaf.

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template