Saturday, 30 June 2012

TERTUTUP ITU INDAH

2 nota kecil
alhamdulillah.
hari ini, masih diberikan peluang untuk bernafas dan membebel kat sini.
=.=
pagi-pagi ni,belek-belek fb,tengok ramai yang share pasal majlis kahwin Irma.
ye, Irma Hasmie tu lah.
subhanaAllah, majilis yang sangat indah.
cepat-cepat, saya google dan,hasilnya sangat 'speechless'.
majlis yang sangat-sangat indah bagi pandangan saya.
rasanya,orang lain pun.

indah macam mana?
tertutup.

i mean,this kind of tertutup :)
cantik. sangat cantik.
betulkan, tertutup itu lebih indah.
indah di mata manusia, lagi indah di mata Allah.
bukan senang nak jumpa majlis kahwin-kahwin macam ni.
walau macam mana pun., alhamdulillah.
masih ada yang sedar dan celik.
:)

seronok pula tengok-tengok gambar.
comel sangat kan Irma ni.
baju nikah dia pun sangat cantik  TT

manisnya kurma itu.ehh,silap ;)
tadi kat fb,ada nampak satu status ni.
" seego mana pun perempuan itu, pasti akan mengalirkan air mata juga pada waktu ________ "
waktu apa?
waktu inilah,
*agak-agak,betul ke status tu?*
no komen lah kan. 

akad nikah.
comel nye mereka.
dah selamat =.=
menangislah syaitan-syaitan hari ini.
kenapa?

Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi) 

semoga Irma dan suami berbahagia hingga ke Jannah :)
wassalam.

Friday, 29 June 2012

MENILAI DAN DINILAI

6 nota kecil
kadang-kadang manusia ni mudah sangat nak menilai.
hanya dengar satu dua ayat, lihat sekilas pandang, macam-macam tafsiran kita buat.
pelbagai andaian yang kita fikir.
mudah kan?
menilai tanpa kita tahu cerita sebenarnya.
tanpa dengar cerita dari tuan punya diri.

begitulah kita.
sebagai seorang manusia.
terlalu mudah untuk menilai.
sangat senang untuk judge orang.
even,orang yang kita tak kenal sekali pun.
dan yang paling kejam,
kadang-kadang kita menghukum hanya kerana penilaian kita.
TT
adil ke kita pada orang yang kita judge malah kita hukum itu?
sudah tentu TIDAK!
malah kalau berlaku ada kita sekali pun, kita akan persoalkannya.

sahabatku sayang,
tak salah kita mahu melihat.
mendengar sekalipun.
but, PLEASE.
don't judge.
jangan menilai.
apatah lagi menghukum.
kita tak tahu apa yang mereka lalui.
kita tak tahu apa yang mereka rasa dalam diri mereka.
kita insan biasa.
pengetahuan kita terbatas.
sudah tentu ada sebab kenapa liku hidup mereka begitu.
sudah tentu ada alasan kenapa Allah aturkan hidup mereka macam tu.
Allah itu Maha Mengetahui.
tapi kita?
kita tak tahu.
jadi apa kuasa kita untuk menilai dan menghukum?



pada sahabat yang dinilai mahupun dihukum,
bersabarlah sahabat.
setiap yang pahit, ada manisnya.
biarkan mereka menilai.
nilaian mereka sebenarnya tidak memberikan gambaran diri anda,
tetapi gambaran diri mereka sendiri.
=.=


apa yang berlaku dalam hidup anda, hanya anda dan Dia Yang Mengetahui.
hanya anda yang lalui dan rasa.
jadi mereka tidak ada hak untuk berkata apa-apa.
LANGSUNG TIDAK.
jadi,jangan dengar cakap mereka.
jangan biarkan mereka influence hidup anda.
yakinlah pada perjalanan hidup anda yang telah diaturkan oleh Dia.
Dia kan Yng Maha Mengetahui.
Dia tahu yang terbaik untuk kita.
insyaAllah,apa yang sedang kita lalui, itulah yang terbaik.

p/s: jangan menilai seseorang kerana masa silam mereka, mereka tidak lagi tinggal di masa silam mereka :)


wassalam.
 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template