Wednesday, 31 October 2012

EXAM TERAKHIR ^^,

0 nota kecil
buka buku,
baca sebaris dua,
tengok fb,
conteng nota sekerat,
bukak lagu,
nyanyi-nyanyi dalam hati,
tengok jam,
tutup buku,
tidur.

ha!
siapa yang pernah buat macam ni?
*buat-buat tak tahu*
itu lah gelagat someone bila musim exam tiba.
siapa?
ntah,tak tahu lah.
hee.

dan sebenarnya,
saya dan kawan-kawan tengah sibuk berperang.
menghalakan peluru-peluru jawapan
 atas kertas soalan.
dengan membawa bekala-bekalan ilmu.
dan juga kepakaran menembak yang kadang-kadang 
terpaksa dipraktikkan
kenapa exam terakhir?
sebab,
 mulai tahun depan sistem peperiksaan dimansuhkan.
*panggg kiri,pangggg kanan*
eh,silap taip lah.
sebab ini exam yang terakhir untuk semester ini.

doakan kami semua ya.
lepas ni,insyaAllah akan bercuti panjang.
dah tak sabar nak balik kampung.
rindu segala isi rumah.


insyaAllah.

taipan jari gemuk :
semoga semuanya baik-baik sahaja.
Mak Long doakan untuk Farish dari jauh.

Sunday, 28 October 2012

RAYA DI PERANTAUAN?

0 nota kecil
assalamualaikum dan selamat hari raya.
better late than never right?

kenapa perantauan?
sebab,
memandangkan final pun sejengkal lagi,
setelah dihitung,dikira,ditimbang,
saya memutuskan untuk beraya di sini.
*perantauan sangat lah kan*

dan sebagai ganjaran tak balik kampung,
kami memilih untuk beraya ala-ala di perantauan.
masak-masak bersama dan makan
 di Taman Tasek Cyberjaya.
cakap pun tak guna lah kan.
tak de feel.
lalalalalala.

tengah bakar satay.
ni hasil tangan kami semua.penuh satu meja kan.
raya di tepi tasek.memang feeling oversea sungguh.
ni pulak adik-adik pelengkap bahagia.
ni pun ada lagi adik-adik sayang.
ha,warden kami pun ada sama.tu bukan chopstick,lidi satay namanya.

meriah kan?
ini lah pengalaman namanya.
sebenarnya kan.
tak kisah lah kita raya dengan siapa,dekat mana,
yang penting kita selami betul-betul 
erti pengorbanan tu.
apa sahaja definisi pengorbanan bagi anda,
insyaAllah ada ganjarannya.
*pengorbanan ye,bukan kebodohan*

_______________________________________________________________

hari raya first tu,boleh lagi cover hujan dalam hati.
tapi bila raya kedua,serius tak tak tahan.
bukan setakat dalam hati,kat luar pun dah banjir.
bukak fb,terpandang lah gambar-gambar yang ditag.
yelah,saya kan tak balik kampung,
jadi tag itu untuk tanda ingatan lah kot.
tapi memang sentap,sebab hampir semua ahli keluarga balik.
=.=
takpe,takpe,berkorban ye.
memang meriah mereka beraya.
yelah, gambar kan mampu bercerita.

dah macam tadika dah gayanya.
ni lah si dia yang bakal menjadi santapan mereka.
bila mereka berkumpul
ni lah gotong royong namanya.
ni lah keluarga saya.
pelengkap bahagia.
walaupun saya tiada disana,bahagia itu turut saya rasa.
itulah kelebihan keluarga namanya.

Tuesday, 23 October 2012

BIAR

1 nota kecil
biar awak tahu,
yang saya biasa-biasa saja,
sebelum awak harap,
yang luar dari biasa saya.

hidup saya juga ada cela,
jauh sekali untuk sempurna,
yang penting bagi saya cinta,
cinta dengan apa yang kita ada.

selagi awak tak tahu,
apa yang saya lalu,
jangan pernah awak beritahu,
awak mahu hidup macam saya,
sebab saya tahu,
untuk dengar cerita saya,
awak pun tak kan mampu,
apatah lagi mampu.

p/s: ini mungkin kasar.
cuma saya tak mahu awak tersasar.

Thursday, 18 October 2012

TERPERANGKAP

0 nota kecil
suara yang tak pernah keluar.
dan mungkin takkan keluar.
dalam perangkap yang entah bila tercipta.

saya dan dia sama terperangkap.
mungkin dalam jerat sendiri.
seksa kerana ia tak pernah dijangka.
saya tak marah.
cuma tertanya-tanya.
kenapa,mengapa dan bagaimana.

pernah saya cuba rempuh pintu itu.
hingga saya sakit sendiri.
untuk keluar dan kembali bebas.
tapi saya terperangkap makin jauh.
langsung tak nampak cahaya keluar.
dan kini,saya takut untuk cuba lagi.
kerana bimbang cahaya itu terus hilang.
tanpa jejak.

kini,dia telah temui jalan keluar.
saya bahagia untuk dia.
semoga dia takkan terperangkap lagi.
nasib saya.
saya sendiri tidak pasti.
mungkin belum masa saya untuk keluar.
mungkin ada baiknya saya kekal di dalam.
saya tak tahu.
saya percaya pada Dia Yang Maha Tahu.

untuk yang berada di luar pintu.
saya hanya mampu perhati dari jauh.
dalam diam saya titip doa.
semoga perangkap ini lenyap tanpa sedar.
semoga yang di luar pintu terus kekal disana.

Tuesday, 16 October 2012

KELAHIRAN

6 nota kecil
10 tahun dulu,
sebaik saya bangun dari tidur,
saya sudah tersenyum lebar.
saya rasa sangat bahagia.
dan hari ini,rasa itu masih sama.
tak kurang,ada rasa bersyukur pada Dia.
Dia Yang Memberi segala kebahagiaan ini.

16 October 2002.
bertambahnya ahli keluarga kami.
saya secara officialnya telah menjadi kakak.
kepada satu-satunya anak lelaki keluarga kami.

lengkaplah kami berempat.
dalam bahagia kasih sayang Encik Abah dan Puan Mama.
Fifi Nur 'Aqilah Yusof
Nini Nur Nadhirah Yusof
Zizi Nur Athirah Yusof 
Muhammad Zaza 'Adhwa Yusof

Selamat Hari Kelahiran adikku sayang ^^,
dah besar sekarang.
rasa macam baru je semalam pegang baby gergasi.
4.4kg kot.
=.=

mase ni kecik cenonet je ^^,

sekarang,jambu :P
walaupun jauh,
kak kirim doa untukmu sayang.

p/s: baru je lepas call budak mata sepet ni.
mengade mintak kakak-kakak dye nyanyi lagu birthday.
tak cukup,mintak hadiah lagi.
adik,adik..


Sunday, 30 September 2012

GOL & GINCU #1

0 nota kecil
assalamualaikum.
rindunya kat blog ni.
macam dah berhabuk je.
heee.
tajuk ni bukan nama crite Fazura berlakon tu.
ni,cerita GOL & GINCU kami.


eh,esok dh 1 October lah.
it means WAR.
yg jadi GOL & CINCU, 
sebab fiesta ni hanya untuk pelajar perempuan je.
^^,
semua nya start dari zero taw.
tambah-tambah budak kelas kami.
tapi,practice makes perfect,right?
=.='
tak delah perfect sangat pun.
yang penting,semangat.

yang tak pakai tudung tu,coach kami ^^,
siapa cakap perempuan tak pndai main bola?
ada gaya fazura tak?
bile kami masuk padang :)
apa-apa pun,kami akan lakukan yang terbaik.
insyaAllah.
seriously,bila ada event mcm ni,ukhuwah tu amat terasa.
mungkin itu hikmahnya.
walaupun,ada yang mengalami small injuries,
itu biasalah kan.
nama pun masuk padang.
apa-apa pun,
GOOD LUCK to all KIRKBYTES..

SUDU & GARFU

0 nota kecil
SUDU,
senyap,tenang dan amat membantu.

GARFU,
agresif,bising dan kadang kala menyakitkan.

mereka berbeza.
tidak pernah sama.
mereka sering bertengkar.
tapi akhirnya bertemu,
 dalam pinggan makan.
saling memerlukan,
 untuk melengkapkan tugas mereka.

SUDU & GARFU.
satu teori dalam kehidupan kita.
cuma kadang kala,kita tak pernah perasan.
siapa sudu,siapa garfu,terpulang pada mereka.
yang pasti,mereka pasti akan bertemu.
bila,dimana dan bagaimana,tiada siapa yang tahu.
hanya Dia,pemilik cinta yang mengetahui.

Monday, 24 September 2012

ENTRYTAKBERTAJUK

3 nota kecil

bila saya tak menangis.
bila saya sedang ketawa.
bila saya tersenyum riang.
mereka fikir saya kuat.
mereka fikir hati saya sudah sembuh.

jangan lupa.
hati saya pun fragile macam kamu.
jiwa saya pun rapuh macam kamu.
perasaan saya pun kadang-kadang kena tsunami.

tak menangis,
hanya depan kamu.
tersenyum dan ketawa juga,
 hanya depan kamu.
apa dalam hati hanya Allah yang tahu.
ombak,taufan,tsunami,
 kadang-kadang macam gunung berapi.

jangan soal lagi,kenapa saya tak menangis.
pada waktu saya patut menangis.
sebab masa itu,kamu akan terkejut dan diam.
melihat tangisan yang kamu ingin lihat.
dengar esak yang kamu rasa patut kamu nampak.

hati saya masih lemah.
belum pulih dari operasi hati tanpa doktor.
tapi, insyaAllah akan sembuh,
 dengan kuasa Yang Maha Esa.
itu rahsianya.
bila saya mampu senyum,
saat saya patut menangis.
bila saya mampu ketawa,
saat saya patut merintih.
bila saya mampu berlari,
saat saya patut jatuh dan terus rebah.
kerana Dia yang menghadiahkan kekuatan itu,
 seiring dengan ujian-Nya.

Thursday, 13 September 2012

SAAT PALING INDAH ^^,

8 nota kecil

saat paling indah bagi seorang pelajar,
semalam dan hari ini berjuang dengan assignment,
esok dapat balik tengok wajah kesayangan,
 Abah dan Mama.
________________________________________________

dah dua.tiga hari sibuk dengan assignment.
plus, Cambridge Placement Test lagi.
alhamdulillah,hari ini selesai semuanya.
tinggal esok je, nak naik bas dan sampai ke rumah.
insyaAllah.
Abah, Mama, tunggu saya ye ^^,

they are so adorable.
okay,saya tahu tak de kena mengena ngan entry =.='

UJIAN ITU CANTIK

4 nota kecil
"ya Allah,beratnya ujian ini"
"kenapa lah aku yang kena hadapi semua ni?"
"ujian ni terlalu berat untuk aku.aku penat"

pernah tak lafaz ni korang tuturkan saat ujian datang?
datang menduga kehidupan kita seharian.
berat.penat.tak mampu.putus asa.
sudah tentu mereka pun akan turut sama menjengah.
semua orang di uji.
dalam cara dan masalah yang berbeza.
mengikut kemampuan masing-masing.

kamu,kamu dan kamu yang sedang diuji.
kamu tahu tak kamu sangat istimewa.
dalam ramai-ramai insan,kamu yang Dia pilih.
itu tanda kasih sayang-Nya.
tanda kamu menjadi perhatian-Nya untuk menerima ujian itu.
pandanglah ia dari sudut positif.
insyaAllah,kamu akan rasa nikmat kasih sayang-Nya.

kerana ujian itu,hadiahnya untuk kamu.
tak mampu?
“Allah tidak membebani seseorang,
 melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
kamu mampu,sebab itu Dia pilih kamu.
insyaAllah,ujian itu akan buat kamu jadi kuat.
ujian itu akan buat kamu lebih tabah.
ujian itu kan buat kamu lebih berani.

_______________________________________________________________________________

bila rasa tak tentu,serabut,nak lupakan masalah,
boleh amalkan ni.

baca surah ar-Rad, ayat 39.

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya
 dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya.
 Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

letak tangan atas dada, baca dan habis baca,
 genggam tangan dan campak jauh-jauh.
lakukan dengan penuh yakin dan percaya, 
bahawa Allah itu ada.
insyaAllah,kita akan lupakannya perlahan-lahan.

Monday, 3 September 2012

MERDEKA 55 DI BUKIT JALIL

33 nota kecil
tak terlambat rasanya,
nak wish HAPPY BIRTHDAY untuk Malaysia.
happy birthday.
dan harapnya kemerdekaan ini,
akan terus berkekalan jadi milik kita bersama.
insyaAllah.

alhamdulillah,sempena Hari Kemerdekaan yang ke55 ni,
saya dan hampir 2100 bakal cikgu seluruh negara telah mencatat sejarah.
*sejarah untuk diri sendiri je*
apa dia?
HUMAN GRAPHIC untuk Sambutan Hari Kemerdekaan 55.
bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, 31 Ogos 2012.

sejak 23 Ogos,kami semua telah memulakan latihan.
dan untuk memudahkan pengurusan,
kami ditempatkan di kolej kediaman di UPM, Serdang.

ni teman serumah yang amat kepoh selama 9 malam :)


















led ni lah yang kami usung hampir 10 hari..


















dan alhamdulillah,
inilah hasilnya titik peluh dan penat lelah kami semua.
congratulations to all IPGM and KIKRBY's students.

MERDEKA 55.yes,i am one of them!


ucapan PM. it's nice,I think..


















twitter ;)































cool tak?
huuu..
ini lah pengorbanan kami untuk negara.
=.=
cuti raya terpaksa dipendekkan sebab ni.
tapi,pengalaman ini banyak ajar saya dan kawan-kawan.
bak kata Encik Tahir,ini pembelajaran luar kelas.
and,yes.
we learnt a lot from this.
___________________________________________________________________

tapi biasa lah kan.
tak semua benda sempurna,kan?
ada kecewa yang terselit di hati kami.
pasti lagi best,kalau surau yang disediakan,
setanding dengan seat yang ada dalam stadium tu.
pasti lagi ohsem,kalau segala lagu-lagu tu,
dihentikan ketika hampir waktu maghrib.
pasti lagi indah,kalau semua yang ada,sama-sama leh jemaah untuk Maghrib.
pasti.pasti.pasti.

tahniah untuk yang masih ingat tanggungjawab,
pada Dia yang meminjamkan nikmat  kemerdekaan ni pada kita.
walaupun terpaksa solat di kaki lima,di bawah tangga.
walaupun digelakkan sebagai pocong dan hantu.
insyaAllah,Allah pandang segala usaha kita bersama.

Saturday, 18 August 2012

SELAMAT HARI RAYA 1433H

11 nota kecil
SALAM LEBARAN 1433H.
Maaf Zahir dan Batin kalau ada salah dan silap.
Semoga raya tahun ni,
mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

Nikmati Lebaran kali ini,
 dengan menziarahi keluarga dan kawan-kawan ye.
Jangan asyik menghadap TV je taw,
mentang-mentang banyak cerita best.
Tolong mak kat dapur jugak ye time open house tu,
jangan nak makan je.


p/s : tahun ni giliran raya kat Segamat.
       tengahari tadi baru sampai.
       Alhamdulillah ::)

Thursday, 16 August 2012

BALIK KAMPUNG

9 nota kecil
walaupun badan tak sihat sangat,
tapi hati dah melonjak-lonjak nak balik kampung.

malam ni,
insyaAllah akan memulakan perjalanan ke Terengganu.
pak cik bas,bawak bas elok-elok ye.

tak larat nak tulis panjang-panjang.
nak kemas beg baju pulak.heeee..

pada yang nak balik kampung jugak hari ini,
semoga selamat tiba ke destinasi.
yang dah ada kat rumah,
tolong mak buat persiapan raya jugak taw :)


Wednesday, 15 August 2012

IFTAR BERSAMA GULA HATI

11 nota kecil
assalamualaikum.
walaupun Ramadhan hanya berbaki beberapa hari lagi,
semalam saya sempat beriftar bersama gula hati saya.
alhamdulillah,boleh spend masa bersama mereka.
sebelum semua balik kampung esok.
*yeyeyeye*

kami dah sepakat nak menerjah,
 Mat Ayam Kampung di Neocyber.
al,maklumlah,
kat Cyberjaya ni bukan banyak pilihan pun.
=.=
apa pun,bersyukur.
masih lagi dapat berbuka,
makan sampai kenyang.
ada orang kat luar sana,
mungkin rezeki tidak semurah kita.
mungkin hanya ada sedikit makanan.
mungkin tak de langsung.

dari villa ke destinasi yang dituju,
kami berjalan ramai-ramai.
bulan puasa pun kena exercise jugak taw.
sempat taw,kami semua smpai kat sana sebelum berbuka.

ini gula hati saya.kami semua bakal teacher.insyaAllah.
ini pun gula hati saya :)
chinese girl yang baju merah tu pun puasa jgk taw.
ini adik-adik pelengkap bahagia.penguat hati,peneguh jiwa.
teman bergaduh jugak ;)
masing-masing tengah borak macam dah lama tak jumpa.
bila puasa,pinggan nasi memang lazimnya penuh ;)
dua-dua ni mek kelate.yg tudung hitam tu,tablemates kite :)
tengok muka masing-masing smntara tunggu azan ;)
semua gambar sebelum azan.
bila dah azan,
semua khusyuk menghadap pinggan masing-masing.
lalalalalalala.
oklah,baik stop sebelum perut menangis ingat makanan semalam.
wassalam.

p/s : untuk yang balik kampung hari ni,selamat bercuti.
berhati-hati,ingatlah orang tersayang.

Tuesday, 14 August 2012

TERIMA KASIH

13 nota kecil
terima kasih ya Allah.
kerana telah menyalurkan kekuatan padaku melalui mereka.

tidak cukup dengan pelukan semangat.
sms penguat jiwa datang menjengah meneguhkan tembok hati.
message di fb yang buat saya rasa disayangi.
entry blog yang buat empangan air mata saya roboh.
komen di entry yang buat saya semakin kuat.
usikan-usikan yang buat saya mampu tersenyum.
terima kasih untuk semuanya.

ya,sejujurnya saya sedih.
sangat sedih sampai air mata pun tidak mampu keluar.
kotak hati saya bukan sekuat yang saya sangka.
kotak hati saya rapuh dan sangat fragile.
sebab itu,saya ambil keputusan untuk diam.
terus senyum dan ketawa.



cuba berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
maaf,saya tidak sekuat yang kamu semua nampak.

diam saya bukan beerti saya bisu.
saya sedang mencari kekuatan.
alhamdulillah,kekuatan itu semakin menjengah.
terima kasih sahabat.
terima kasih juga buat-Mu,ya Allah.
atas ayat-ayat cinta-Mu.
ubat segala luka.

Sunday, 12 August 2012

KOTAK HATI YANG TERAKHIR

19 nota kecil
kenapa yang terakhir?
kerana kisah kotak hati telat tamat.
bersama jasadnya yang telah pergi.
pergi menghadap Pencipta-Nya.

siapa?
dia lah penghantar email.
dia lah yang berkongsi rezeki Ramadhan.
dia lah orang asing dalam hidup saya.

sedih?
sedih itu wujud.
tapi saya tahu ada yang lebih sedih.
mama yang 9 bulan mebawanya dalam kandungan.
papa yang 22 tahun membesarkannya.
kakak yang selama ini menjadi usikan nakalnya.

kalau selama ini,
hanya email yang jarang ada jadi penghubung,
sekarang cukuplah dengan doa dan ayat cinta Ilahi.
insyaAllah.

_____________________________________________________________________

al-Fatihah buat arwah.
betul kata awak suatu ketika dahulu.

"saya tak mahu janji apa-apa,
kerana kita masing-masing tahu,
ada janji yang lebih besar untuk kita,
dari Dia Yang Maha Mengetahui"

dan saya tahu ini janjinya untuk kita.
insyaAllah,kekuatan itu akan hadir.
walaupun sekarang goyah dan rapuh.

________________________________________________________________________

untuk sahabat yang sudi hadiahkan pelukan ketenangan,
 terima kasih sahabat.
untuk adik-adik pelengkap bahagia,
 terima kasih untuk mesej penguat hati.
insyaAllah,saya sedang mencari kekuatan itu.
dan untukmu Ya Allah,terima kasih untuk ayat-ayat cinta.
 yang menjadi penawar dan sumber kekuatan.

Friday, 10 August 2012

KOTAK HATI #4

8 nota kecil
assalamualaikum.
makin banyak pulak kotak hati akhir-akhir ni.
nak buat macam mana kan.
sabar lah hati.

alhamdulillah.
semalam,
assignment dh siap.
yahooo.
sambung tengok Rooftop Prince.
=.=
sekali lagi,
kotak email diketuk.
ada pesanan baru.
terselit gembira dalam diam.

syukur pada Allah,
segalanya telah dipermudahkan.
insyaAllah,hari Sabtu kami akan bertemu.
kali ketiga dengan keluarganya.
kali kedua dengannya.
pelik?
memang pelik.
ini jalan yang kami berdua pilih.
semoga Allah menjaga hati kami.
insyaAllah.

wassalam.

Thursday, 9 August 2012

KOTAK HATI #3

3 nota kecil
tengah siapkan mind map Mr Saddas,
ada email baru ketuk pintu.
put aside,assignment first!

bila baca,terkejut,
panjang meleret,tak macam biasa.
siap ada sepucuk surat lagi.

cuba untuk faham.
hadam dan telan isi surat dalam email.
alhamdulillah,masuk dalam hati.
lekat dalam kepala.

tekan-tekan keyboard,
email sent.
settled.
alhamdulillah.

Wednesday, 8 August 2012

365 HARI

4 nota kecil
assalamualaikum.
masihkah kau ingat?
365 hari yang lalu?
hari pertama.
permulaan untuk menjadi seorang cikgu.
hari ini,sudah 365 hari berlalu.
lama?
rasanya macam baru semalam,hari manis itu.

alhamdulillah,
walaupun tak seperti pelajar lain yang duduk kat maktab,
saya dan mereka bahagia.
bahagia dengan cara kami sendiri.

once you are Frostian,you always Frostian :)
ni lah,
ubat mase tengah tension sebab kelas tak best.
gula hilang ngantuk kalau dah tersengguk-senguk.
adik-beradik pemikat jiwa sepanjang 365 hari di sini.
yang sudi dengar kakak yang sorang ni membebel,merapu.
yang selalu buat saya senyum bila ingat mereka.

tidak lupa pada sebelah jiwa lagi.
yang selalu teman saya tak kira masa.
teman setiap kali perut lapar,setiap kali jiwa kacau.
mereka lah yang jadi ubat.
mereka lah yang sudi teman saya 365 hari ni.
mereka gula hati saya di sini.

kami kembar,tapi dia tua sehari ;)
Cik Naynazee,
dari muka buku,dah jadi macam kembar.
sampai ada orang pernah cakap,
mana ada kak Fifi,mesti ada Kak Nina kan?

rasa ini hanya kita yang tahu :)
ni Kak Yong kami.
dah macam kakak sendiri dah.
suka manja-manja sebab saya tak ada kakak.
tempat menumpang kasih.

ada cerita,hanya kita yang tahu ;)
ni pula Aliya.
adik manis,kesayangan tok ni.
kami dua-dua anak sulung,tapi dia lagi manja.
selalu kongsi rasa bab makanan.

bila lima orang berbeza bertemu
ni pulak gula hati jugak.
yang baju biru tu,tak payah cakap lah kan.
mana saya ada,dia ada.
Hani,adik yang tak reti duduk diam.
Fiza,terima kasih sudi jadi penghuni bilik bersama.
Syaza,datin yang rajin masak.

"persahabatan macam m&m.ada banyak warna.
suka,duka,senyum,tangis,baik,buruk.
macam itulah kita bersama,tapi akhirnya rasa manis tetap ada"

selamat 365 hari untuk semua Kirkbytes.
wassalam.

Tuesday, 7 August 2012

KEJAMNYA MEREKA

5 nota kecil
assalamualaikum.
alhamdulillah,
selamat juga sampai dari kampung pagi tadi.
kenapa takde entry baru?
masa kat rumah,haruslah dinikmati dengan sebaiknya.
cik laptop ni,memang tolak tepi lah jawabnya.
hihihihi.

semalam,
rasanya satu Malaysia gempar dengan berita ni.

















bukan sorang,dua orang, tetapi tujuh orang.
manusia apakah ini?
bayi malang ini, Chuah Wan Xuan berasal dari Bukit Mertajam.
yang paling mengejutkan lagi,
tujuh orang suspek tersebut bukan orang asing buat si keci lini.
ibu,bapa,nenek,ibu dan bapa saudara,sepupu serta si pembantu rumah.
bagi saya,tindakan dan alasan mereka sangat tak rasional.

mana perginya kasih sayang antara manusia?
mana hilangnya nilai perimanusia itu?

saya tak boleh bayangkan kesakitan si kecil ini.
apabila seorang demi seorang dari mereka menindihnya.
mana hilang hati seorang ibu,bapa mendengar tangisannya?
tak tahulah apa yang ada dalam fikiran mereka saat itu.

ritual untuk menghalau hantu?
rasanya,mereka lah hantu-hantu yang langsung tiada hati.
maaf,mungkin bahasa saya kasar.
tapi,inilah hakikat.
manusia,masih punya hati.
masih punya kasih sayang.
tapi mereka?

wassalam.

Friday, 3 August 2012

KOTAK HATI #2

12 nota kecil
assalamualaikum.
alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi.
hadiahkan saya PELANGI setelah dua hari yang mendung :)

semalam,
alhamdulillah,rezeki dari Allah datang.
dengan kejutan dan tidak disangka-sangka.
rezeki bulan Ramadhan mungkin.


cepat teka,ape dalam ni?
kain pasang?
tettt.salah.
frame gambar.
teeett.salah jugak.
buku?
teeettttttttt.memang tak.
hmm,tengok jelah kn?

|
|
|
v



thanks to Miss Fiza dan Cik Naynazee.
jadi peneman setia pergi ambik benda ni.
dan jadi tukang usik.
adoyaiii,
korang memang suka buat aku senyum kan?

hmmm,sedap.
tapi kenapa chocolate?
apa pun,
saya terima dengan senyuman.
rezeki tak baik ditolak kan?
alhamdulillah,
sempat berkongsi dengan pelengkap bahagia disini.
walaupun tak larat senyum mendengar usikan mereka.
saya bahagia.

buat si pengirim,
terima kasih daun keladi.
tak sangka awak buat sendiri.
tak tahu pulak tangan yang bakal pegang surgery kit,
boleh masuk dapur.
-.-
nanti,bolehlah nak order ye.

wassalam.

Thursday, 2 August 2012

TULANG RUSUK KIRI atau BAWAH TAPAK KAKI?

15 nota kecil
jangan sibuk jaga
 tulang rusuk kiri yang belum pasti,
kalau syurga bawah tapak kaki pun
 sering disakiti dan dilukai.

apa yang saya merepek?
tak,saya tak merepek.
ni cuma peringatan untuk diri sendiri
 dan juga sahabat-sahabat.

tulang kiri yang belum pasti.
mungkin bf atau gf.
mungkin sayang atau abang.
atau apa saja nama manja 
untuk pasangan kamu yang belum halal.

syurga bawah tapak kaki.
insan yang sudi melahirkan kita.
yang membesarkan kita tanpa sedikit rungutan pun.
yang namanya kita pinjam,
 untuk dibin/bintikan di akhir nama kita.

tapi kenapa kadang-kadang kita lupa?
siapa mereka sebenarnya.
siapa yang patut kita utamakan dulu?

dalam kita sibuk mengejar cinta,
kita buat ibubapa kita terluka.
mana tidak nya.
apa-apa saja yang berlaku,
siapa kita bagitau dulu?
kalau ada cuti,
siapa yang kita jumpa dulu?
kalau ada masalah,
siapa yang kita cari dulu?
kalau yang kita bagitau,
jumpa dan cari itu ibu ayah,alhamdulillah.
kalau tidak,belum terlambat untuk kita ubah.

INGAT,
gadis atau jejaka itu,
belum pasti lagi tulang rusuk kiri kamu.
tapi dua orang tua itu,
sudah tentu di situ letak nya syurga kita,
 sebagai seorang anak.

sedih teringat dialog dalam satu cerita kartun ni.
even,it is just cartoon.

anak : saya dah besar,ayah. saya ada hidup saya sendiri.
ayah : ya,ayah tahu.ayah cuma nak jadi sebahagian darinya :(

p/s : saya menulis bukan bermakna saya sempurna,
saya sendiri sedang menjadi yang terbaik.

Sunday, 29 July 2012

HIDUP

9 nota kecil
sebagai manusia biasa,
kita tak mampu ada hidup yang sempurna.
macam fairy tale,semuanya berakhir dengan happily ever after.

dalam mengharungi hari demi hari,pasti ada cabaran.
bukan untuk buat kita putus asa,tapi untuk buat kita lagi kuat.

dalam menghabiskan waktu disini,pasti ada luka,
bukan untuk buat kita sakit,tapi untuk buat kita lebih berhati-hati.

dalam menikmati kegembiraan,pasti ada air mata.
bukan untuk buat kita lemah,tapi untuk kita belajar menghargai.

kita ada pilihan sebenarnya.
to live well or hell,
we choose.

saat kita rasa,kita yang paling malang,
angkat muka,buka mata,pandang sekeliling.
ada manusia yang lagi besar masalahnya dari kita.
ada insan yang sedang susah tidak bertemu jalan keluar.
ada hamba yang sedang merintih keseorangan tanpa teman.
ada orang yang sedang diuji dengan segala nikmat dan susah.

DUNIA ini tak selalunya indah.
terpulang pada kita yang merasainya.
tapi yang pasti,siapa yang menghargai,dia akan menikmati.




 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template