Monday, 24 September 2012

ENTRYTAKBERTAJUK


bila saya tak menangis.
bila saya sedang ketawa.
bila saya tersenyum riang.
mereka fikir saya kuat.
mereka fikir hati saya sudah sembuh.

jangan lupa.
hati saya pun fragile macam kamu.
jiwa saya pun rapuh macam kamu.
perasaan saya pun kadang-kadang kena tsunami.

tak menangis,
hanya depan kamu.
tersenyum dan ketawa juga,
 hanya depan kamu.
apa dalam hati hanya Allah yang tahu.
ombak,taufan,tsunami,
 kadang-kadang macam gunung berapi.

jangan soal lagi,kenapa saya tak menangis.
pada waktu saya patut menangis.
sebab masa itu,kamu akan terkejut dan diam.
melihat tangisan yang kamu ingin lihat.
dengar esak yang kamu rasa patut kamu nampak.

hati saya masih lemah.
belum pulih dari operasi hati tanpa doktor.
tapi, insyaAllah akan sembuh,
 dengan kuasa Yang Maha Esa.
itu rahsianya.
bila saya mampu senyum,
saat saya patut menangis.
bila saya mampu ketawa,
saat saya patut merintih.
bila saya mampu berlari,
saat saya patut jatuh dan terus rebah.
kerana Dia yang menghadiahkan kekuatan itu,
 seiring dengan ujian-Nya.

3 nota kecil:

  1. Allah memberi kita ujian supaya kita menjadi lebih kuat dan tabah, dan apa pun keadaan kita, kita tak pernah lupa padaNYA...senyumlah walaupun hati terluka, kerana itu akan membuatkan kita lebih bersemangat...InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Setiap ujian yang Allah bagi tu pasti ada hikmah di sebaliknya.. Bersabar & merintihlah hanya padaNYA.. InsyaAllah ada sinar baru menanti di hadapan.. =)

    ReplyDelete
  3. ishhh comelnye....cuma jadi comel mesti holang semua lara ^^

    ReplyDelete

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template