Thursday, 13 September 2012

UJIAN ITU CANTIK

"ya Allah,beratnya ujian ini"
"kenapa lah aku yang kena hadapi semua ni?"
"ujian ni terlalu berat untuk aku.aku penat"

pernah tak lafaz ni korang tuturkan saat ujian datang?
datang menduga kehidupan kita seharian.
berat.penat.tak mampu.putus asa.
sudah tentu mereka pun akan turut sama menjengah.
semua orang di uji.
dalam cara dan masalah yang berbeza.
mengikut kemampuan masing-masing.

kamu,kamu dan kamu yang sedang diuji.
kamu tahu tak kamu sangat istimewa.
dalam ramai-ramai insan,kamu yang Dia pilih.
itu tanda kasih sayang-Nya.
tanda kamu menjadi perhatian-Nya untuk menerima ujian itu.
pandanglah ia dari sudut positif.
insyaAllah,kamu akan rasa nikmat kasih sayang-Nya.

kerana ujian itu,hadiahnya untuk kamu.
tak mampu?
“Allah tidak membebani seseorang,
 melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
kamu mampu,sebab itu Dia pilih kamu.
insyaAllah,ujian itu akan buat kamu jadi kuat.
ujian itu akan buat kamu lebih tabah.
ujian itu kan buat kamu lebih berani.

_______________________________________________________________________________

bila rasa tak tentu,serabut,nak lupakan masalah,
boleh amalkan ni.

baca surah ar-Rad, ayat 39.

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya
 dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya.
 Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

letak tangan atas dada, baca dan habis baca,
 genggam tangan dan campak jauh-jauh.
lakukan dengan penuh yakin dan percaya, 
bahawa Allah itu ada.
insyaAllah,kita akan lupakannya perlahan-lahan.

4 nota kecil:

  1. @fel,insyaAllah.ini sebenarnya hadiah untuk sahabat-sahabat yg sedang menghadapi kemanisan ujian :)

    ReplyDelete
  2. ujian adalah hadiah terindah dr Allah .. hnya yg terpilih sahaja merasainya ^^

    ReplyDelete
  3. @yana,btul2.tak semua orang yg dapat rasa.lain2 orang,lain2 manis ujian tu ^^,

    ReplyDelete

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template