Saturday 30 June 2012

TERTUTUP ITU INDAH

2 nota kecil
alhamdulillah.
hari ini, masih diberikan peluang untuk bernafas dan membebel kat sini.
=.=
pagi-pagi ni,belek-belek fb,tengok ramai yang share pasal majlis kahwin Irma.
ye, Irma Hasmie tu lah.
subhanaAllah, majilis yang sangat indah.
cepat-cepat, saya google dan,hasilnya sangat 'speechless'.
majlis yang sangat-sangat indah bagi pandangan saya.
rasanya,orang lain pun.

indah macam mana?
tertutup.

i mean,this kind of tertutup :)
cantik. sangat cantik.
betulkan, tertutup itu lebih indah.
indah di mata manusia, lagi indah di mata Allah.
bukan senang nak jumpa majlis kahwin-kahwin macam ni.
walau macam mana pun., alhamdulillah.
masih ada yang sedar dan celik.
:)

seronok pula tengok-tengok gambar.
comel sangat kan Irma ni.
baju nikah dia pun sangat cantik  TT

manisnya kurma itu.ehh,silap ;)
tadi kat fb,ada nampak satu status ni.
" seego mana pun perempuan itu, pasti akan mengalirkan air mata juga pada waktu ________ "
waktu apa?
waktu inilah,
*agak-agak,betul ke status tu?*
no komen lah kan. 

akad nikah.
comel nye mereka.
dah selamat =.=
menangislah syaitan-syaitan hari ini.
kenapa?

Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi) 

semoga Irma dan suami berbahagia hingga ke Jannah :)
wassalam.

Friday 29 June 2012

MENILAI DAN DINILAI

6 nota kecil
kadang-kadang manusia ni mudah sangat nak menilai.
hanya dengar satu dua ayat, lihat sekilas pandang, macam-macam tafsiran kita buat.
pelbagai andaian yang kita fikir.
mudah kan?
menilai tanpa kita tahu cerita sebenarnya.
tanpa dengar cerita dari tuan punya diri.

begitulah kita.
sebagai seorang manusia.
terlalu mudah untuk menilai.
sangat senang untuk judge orang.
even,orang yang kita tak kenal sekali pun.
dan yang paling kejam,
kadang-kadang kita menghukum hanya kerana penilaian kita.
TT
adil ke kita pada orang yang kita judge malah kita hukum itu?
sudah tentu TIDAK!
malah kalau berlaku ada kita sekali pun, kita akan persoalkannya.

sahabatku sayang,
tak salah kita mahu melihat.
mendengar sekalipun.
but, PLEASE.
don't judge.
jangan menilai.
apatah lagi menghukum.
kita tak tahu apa yang mereka lalui.
kita tak tahu apa yang mereka rasa dalam diri mereka.
kita insan biasa.
pengetahuan kita terbatas.
sudah tentu ada sebab kenapa liku hidup mereka begitu.
sudah tentu ada alasan kenapa Allah aturkan hidup mereka macam tu.
Allah itu Maha Mengetahui.
tapi kita?
kita tak tahu.
jadi apa kuasa kita untuk menilai dan menghukum?



pada sahabat yang dinilai mahupun dihukum,
bersabarlah sahabat.
setiap yang pahit, ada manisnya.
biarkan mereka menilai.
nilaian mereka sebenarnya tidak memberikan gambaran diri anda,
tetapi gambaran diri mereka sendiri.
=.=


apa yang berlaku dalam hidup anda, hanya anda dan Dia Yang Mengetahui.
hanya anda yang lalui dan rasa.
jadi mereka tidak ada hak untuk berkata apa-apa.
LANGSUNG TIDAK.
jadi,jangan dengar cakap mereka.
jangan biarkan mereka influence hidup anda.
yakinlah pada perjalanan hidup anda yang telah diaturkan oleh Dia.
Dia kan Yng Maha Mengetahui.
Dia tahu yang terbaik untuk kita.
insyaAllah,apa yang sedang kita lalui, itulah yang terbaik.

p/s: jangan menilai seseorang kerana masa silam mereka, mereka tidak lagi tinggal di masa silam mereka :)


wassalam.

Thursday 28 June 2012

ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA MAHU, ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU

4 nota kecil
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberikan salah satu nikmat teragung dari Yang Maha Pencipta, iaitu nikmat hidup.


Alhamdulillah sekali lagi J

Pernah tak dalam hidup kita, kita tak dapat apa yang kita inginkan?
Walaupun kita sangat bersungguh-sungguh inginkan sesuatu itu.
Saya sendiri tidak terkecuali.
Pernah dalam beberapa episode kehidupan, saya gagal mendapatkan apa yang saya nak.
Dan pada masa itu juga, saya kan menyoal pada diri sendir kenapa saya tidak dapat apa yang saya inginkan itu.
Tetapi, saya tidak dapat jawapannya.
Langsung tak dapat.
Sehinggalah, suatu hari, saya terjumpa dengan satu ayat yang betul-betul buat saya rasa sentap.
Rasa macam kena tampar dengan tapak tangan sendiri *ayat psiko lebih*
Ayat apa?

Ayat ni,
ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA NAK,
TAPI ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU.
Bila saya baca ayat itu, saya termenung.
Imbas balik apa yang telah saya lalui.
Ingat balik apa yang saya pernah inginkan tetapi saya tak dapat.
Masa tu lah saya bru sedar, setiap apa keinginan saya yang tidak tertunai itu, sudah terisi dengan sesuatu yang lebih baik.
Lebih baik dari apa yang saya inginkan.

Setiap orang punya keinginan, ada kemahuan masing- masing.
Tapi kadang-kadang apabila kita terlalu inginkan sesuatu, kita mungkin akan terlepas pandang.
Betul ke apa yang kita inginkan tu?
Baik ke sebenarnya benda itu untuk kita?
Dan bila jadi macam tu, macam- macam rasa timbul dalam hati tu.
Marah, kecewa, sedih.
Tanpa kita sedari, Allah mesti punya sebab untuk tidak beri apa yang kita inginkan.
Allah kan Maha Mengetahui.
Allah tahu apa yang kita perlu.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Setiap sesuatu yang berlaku tu, mesti ada sebabnya.
Percayalah, kasih sayang Allah itu sangat besar.
Dan Allah, tak kan berikan ujian diluar kemampuan kita.
Allah tahu kita mampu,kita kuat sebab tu Allah uji kita dengan ujian ini.
Tetapi jangan bimbang.
Sebab Allah pasti tengah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita.
Sweet kan Allah?
InsyaAllah, kita akan tersenyum suatu hari nanti.
Jangan bimbang,janji Allah pasti.

senyum semua.percaya lah pada janji Allah.
 wassalam semua :)

Wednesday 27 June 2012

REMINDER #1

2 nota kecil
assalamulaikum.
kita tak perlu magic wand untuk live happily ever after macam fairy tale,
sebab kita ada takdir yang Allah sudah tetapkan untuk live happily here and Hereafter.
InsyaAllah :)

kadang-kadang plan Allah sangat sweet ;)

Monday 25 June 2012

HIP HIP HOORE

2 nota kecil
Alhamdulillah.
Masih lagi diberikan peluang untuk bernafas dan terus membebel lagi di sini.
=.=

Actually baru-baru ni, ada juga peluang nak tengok satu cerita ni.


Ala cerita HOORE-HOORE tu.
Yayaya, cerita muzikal tu. Yang banyak-banyak lagu SUDIRMAN tu.
Sebenarnya, dah lama teringin nak tengok cerita ni,tapi tak ada kesempatan plak nak tengok.
Seronok sebenarnya bila tengok muzikal ni.
Terubat juga gelodak jiwa.

Cerita HOORE-HOORE ni mungkin tak sehebat macam HIGH SCHOOL MUSICAL, tapi saya rasa ini mungkin satu percubban baik dari industry kita *cewah, cakap macam pengkritik filem*
Yeah,it’s a good film actually.
Banyak pengajarannya walupun jalan ceritanya simple.

Cerita ni pasal seorang gadis, Nurul Aiman yang agak sedikit gempal yang berniat untuk menyertai pertandingan Ratu Idola.
Sudah semestinya bukan mudah untuk Aiman menyertai pertandingan tersebut.
Apatah lagi, dengan tentangan ibunya yang menentang keras niatnya.
Dalam cerita ni, kita boleh lihat macam mana Aiman meneruskan niatnya untuk menjadi Ratu Idola.

Sebagai seorang peminat Sudirman, saya hargai usaha-usaha nyanyian semula lagu beliau walaupun dalam bentuk muzikal.
banyak lagu-lagu yang sesuai dengan cerita ni yang mungkin boleh buat air mata menitis.
terutama lagu AYAH dan IBU
agak feeling sikit di situ.
Well,music is universal J

Yang paling menyentap hati, jiwa dan raga adalah scene ketika ibu Aiman berselisih faham dengan neneknya mengenai penglibatannya dalam Ratu Idola.
Dialog ni yang paling melekat dalam kepala saya sehingga sekarang.
Ibu Aiman : Habis mak nak Aiman ikut jejak langkah mak masuk ratu kebaya ke? Nak masuk neraka?
Nenek Aiman : Malam ni baru mak tahu yang syurga dan neraka tu Lia yang tentukan.
Then?
Hehehe. Takkan lah semua nak cakap kat sini kot.

Siapa pelakonnya?
Watak Aiman dalam cerita ni dilakonkan seorang pendatang baru.
Fatin Nadzirah.

talented.suara pun best :)
Comel lah dia ;)

Hero?
Ni seorang yang lagi comel cool.
Sesuai dengan watak Johari yang banyak support Aiman untuk capai impiannya.

Akim ni macam terlebih gula.Manis ;)

walaupun cerita ni macam biasa dan tipikal,rasanya it can inspires lot of people outside.
trust me.
saya pun dah terlebih inspire nih.
lalalalala. 
bak kata Johari, orang besar-besar ni kiut pe :)

SUGAR

0 nota kecil
that's really true.

COMEL

0 nota kecil
pipit : saya takkan mampu terbang sama dengan awak.
enggang: kalau awak tak leh terbang sama tinggi dengan saya,awak boleh tumpang sayap saya.

:)
kenapalah comel sangat nie..

Thursday 21 June 2012

SENYUM SORANG-SORANG

0 nota kecil
acchhumm.
bersin pagi-pagi,kepala pun pusing je.
tapi tiba-tiba buka email, senyum sorang-sorang.
kenapa?


utusan raja.maybe? ;)


buku sekolah yang lama? mungkin ;)

tak tahu lah kenapa jadi macam ni.
adoyaiiiii .
=.=

Monday 18 June 2012

JANGAN BERSEDIH

0 nota kecil
Alhamdulillah.
Saya diberi juga kekuatan untuk menyudahkan entry ini.
Ini sebenarnya hadiah untuk seorang sahabat.
Sahabat yang sedang mencari kekuatan untu menghapus kesedihan.
Walaupun perkenalan kita hanya di muka buku.
Eh, macam lagu najwa latif pulak =.=
Saya rasa ini yang mampu saya kongsikan.
Untuk menyalurkan kekuatan itu, saya rasa saya sendiri belum cukup kuat.
Masih ada rongga kosong yang menuntut untuk dipenuhi.

Sahabat,
Setiap ujian yang datang menjengah ada nilainya tanpa kita sendiri sedari.
Nilai yang kita sendiri tidak pernah jangkakan.
Ujian itu sebenarnya hadiah dari-Nya untuk kita.
Betul, setiap ujian menuntut kesakitan, kecelaruan dan kepedihan yang amat sangat.
Tapi sahabat, kita punya pilihan.
Sama ada untuk terus bergelumang dengan kesakitan itu, mahupun membasuh luka lara.
Kekuatan perlu dicari, bkan dinanti.
Macam mana? Dimana? Bagaimana?
Serahkan segalanya pada DIA.
DIA Yang Satu.
Baliklah pada-Nya.
Yakinlah setiap kehendak-Nya itulah yang terbaik.
SEDIH?
La Tahzan, Allah sentiasa bersamamu.


LEMAH?
Allah takkan menguji hamba-Nya diluar kemampuan mereka.
SUNYI?
Allah itu dekat.

Sahabat,
Kita semua sama.
Kita pernah terhantuk, terjatuh dan hampir tersungkur.
Tapi kita mampu bangkit.
Allah takkan ambil sesuatu dari kita kecuali untuk menggantikannya dengan yang lebih baik.
Percayalah,
Janji Allah itu pasti.

Percayalah.
Sehebat mana perancangan kita dalam mengatur kehidupan seharian,
Hebat lagi perancangan yang telah ditentukan-Nya untuk kita.
Kerana, hanya DIA Yang Maha Mengetahui.


sahabat,
la tahzan :)

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template