Wednesday 6 August 2014

MIMPI

4 nota kecil
Aku pandang kamu.
Kamu senyum.
Manis sekali.

Aku pandang kamu lagi.
Kamu hilang.
Sakit sekali.

Ah, aku mimpi rupanya.
Tapi kenapa bibir aku tersenyum?
Kenapa hati aku luka berdarah?


Thursday 15 May 2014

#1 : GADIS ITU

4 nota kecil
Lihat gadis itu.
Di depan laptop.
Setia menekan aksara.
Untuk menjadi penyembuh jiwa.
Ubat kepada jiwa- jiwa yang luka.

Lihat gadis itu.
Sedang menepuk bahu teman.
Yang sedang sakit jatuh tersungkur.
Dia hulurkan tangan untuk jadi tempat berpaut.

Lihat gadis itu.
Dia muncul lagi.
Membawa cerita lucu.
Yang membuat jiwa-jiwa tersenyum tanpa henti.

Gadis itu.
Dia hadir bila perlu.
Menyembuh luka yang tiada ubat.
Meniup semangat yang tak pernah nampak.
Menyeri hidup yang sedang berperang sendiri.

Satu hari, gadis itu disapa.
“Gadis, kenapa kau selalu kelihatan kuat?”
“Kenapa kau selalu hadir waktu kami sedang kecewa?”
“Kenapa kau selau memberi kami semangat bila kami perlu?”

Jawab gadis.
“Sebab aku tahu perit menjadi lemah.”
“Sebab aku sudah terbiasa dengan rasa kecewa.”
“Sebab aku pernah rasa jatuh tanpa ada yang menyambut.”


Monday 6 January 2014

Sayang Macam Layang- Layang?

2 nota kecil
Kau sayang dia?”
“Sayang. Tapi aku tak tahu nak bagitahu ke tak.”
“Kau pernah main layang-layang?”
“Pernah. Kenapa?”
“Kau tahu tak, sayang tu macam layang-layang.”
“Sayang macam layang- layang?”

Layang- layang.
Biarkan ia terbang tinggi- tinggi.
Pergi ke mana yang dia mahu.
Tapi kalau sudah terlalu jauh, cepat-cepat tarik.
Supaya ia masih dalam kawalan kita, tak hilang dari pandang.
Tapi andaikata nanti, layang- layang itu putus tali, jangan sedih.
Sudah suratan, layang- layang itu bukan milikmu.
Jangan bimbang, setiap yang hilang, gantinya pasti lebih baik.

Begitu jugalah sayang.
Biarkan dia bawa haluannya, tanpa penjara.
Menuju ke mana saja yang di ingininya.
Mencari apa saja yang dia mahu.
Tapi dalam diam, jagalah dia dengan doa.
Walaupun dia tak pernah tahu, tak pernah dengar.
Siapa tahu, Dia Yang Maha Dengar, kasihan dan makbulkan doa kamu.
Tapi andai dia bukan untukmu, jangan kecewa dan sedih.
Pelangi pasti muncul selepas hujan.

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template