Sunday 29 July 2012

HIDUP

9 nota kecil
sebagai manusia biasa,
kita tak mampu ada hidup yang sempurna.
macam fairy tale,semuanya berakhir dengan happily ever after.

dalam mengharungi hari demi hari,pasti ada cabaran.
bukan untuk buat kita putus asa,tapi untuk buat kita lagi kuat.

dalam menghabiskan waktu disini,pasti ada luka,
bukan untuk buat kita sakit,tapi untuk buat kita lebih berhati-hati.

dalam menikmati kegembiraan,pasti ada air mata.
bukan untuk buat kita lemah,tapi untuk kita belajar menghargai.

kita ada pilihan sebenarnya.
to live well or hell,
we choose.

saat kita rasa,kita yang paling malang,
angkat muka,buka mata,pandang sekeliling.
ada manusia yang lagi besar masalahnya dari kita.
ada insan yang sedang susah tidak bertemu jalan keluar.
ada hamba yang sedang merintih keseorangan tanpa teman.
ada orang yang sedang diuji dengan segala nikmat dan susah.

DUNIA ini tak selalunya indah.
terpulang pada kita yang merasainya.
tapi yang pasti,siapa yang menghargai,dia akan menikmati.




Sunday 22 July 2012

KOTAK HATI #1

30 nota kecil
seminggu bukan lama,
tapi saya rasa masa bergerak lambat.

rindu?
rasanya tak.
cuma pelik melihat inbox email kosong.

awak orang asing,
bukan siapa-siapa,
tapi pesanan awak lekat dalam kepala.


kalau lah bercakap tu mudah ;)




















apa saja dalam hati kita.
semuanya kerana Dia.
yang penting,Dia redha :)



Friday 20 July 2012

BAKTI ARJUNA FITRI

6 nota kecil
assalamualaikum semua.
salam jumaat.
pagi jumaat ni,
saya menangis dalam hati.
kenapa?
kerana ini,


BAKTI ARJUNA FITRI.
saya rasa ramai yang dah tahu pasal si kecil ini.
bagi yang tak tahu, 
anak kecil ini merupakan putera kepada Fynn Jamal.
ye,Fynn Jamal yang nyanyi lagu 150 Juta tu.

anak kecil ini,
baru berusia 1 bulan 2 minggu.
siapa sangka,jantungnya  bermasalah.
dan,terpaksa menjalani pembedahan jantung.

alhamdulillah,dalam masa satu hari,
dana untuk pembedahan telah berjaya dikumpul.
dan ini,antara gambar ARJUNA selepas pembedahan.


alhamdulillah,
segalanya berjalan lancar.

saya bukan siapa-siapa untuk mereka.
tapi sebagai insan,saya menangis dalam hati.
sedih,sayu dan kagum,
melihat anak  kecil ini menanggung sakit .
sakit yang saya sendiri tidak tahu rasanya.

Arjuna sayang,
kamu insan bertuah.
lihat lah sekeliling kamu.
ramai yang jatuh sayang pada kamu.
ramai yang mula kagum akan semangat kamu.
ramai yang mendoakan kesihatan dan kekuatan kamu.

bangun sayang,
mummy dengan daddy kamu sedang menunggu.
kami semua juga sedang menunggu kamu kembali sihat.
insyaAllah,untuk menjadi seorang insan yang kuat dan tabah.

buat Kak Fynn,
kami semua ada bersama.
mungkin tidak secara fizik atau material,
tapi insyaAllah,doa kami mengiringi kamu sekeluarga.

p/s:
kalau anak kecil ini kuat untuk memperjuangkan hidup,
apa alasan kita untuk rasa putus asa dan mengalah dalam kehidupan ini?
wassalam.








SALAM RAMADHAN 1433H

8 nota kecil
assalamualaikum semua.
alhamdulillah,satu berita baik diterima hari ini.













RAMADHAN datang lagi.
bertemu lagi kita akhirnya dengan bulan yang penuh barakah ini.

apa yang korang fikir bila Ramadhan dah mula menjengah ni?
bazar Ramadhan?baju raya?balik kampung mana tahun ni?
adoyaiii sayang-sayang semua.
jangan macam tu.
tak nak.tak nak.
apa kata,Ramadhan ini,
kita sama-sama lakukan transformasi.
macam mana?
























ha,macam kat atas tu lah.
setuju tak?
siapa tahu Ramadhan kali ni,akan jadikan kita seorang yang lebih baik.
insyaAllah.

sekarang,
jom sama-sama on kan mood Ramadhan tu.












puasa, bukan perut je kena puasa tau.
pancaindera yang lain pun sama.
mata,mulut,telinga,tangan,kaki dan paling penting hati.
kena lah puasa juga dari melakukan perkara-perkara yang tak elok.

bagi saya,
ni bukan kali pertama puasa jauh dari family.
dah biasa lah rasa opuasa di perantauan tempat orang.
*padahal esok ada je yang duduk kat ceruk almari*
tapi insyaAllah,walau macam mana pun rasanya,
Ramadhan kali ini kena manfaat betul-betul.
bukan budak-budak lagi.
dah tak nak tinggal terawih.
nak khatam jugak al-Quran walau sekali.
insyaAllah,transform diri dan hati sekali.
apa pun niatnya,
semogaAllah redha.

RAMADHAN,jom kita dating :)

wassalam.




Thursday 19 July 2012

CINTA.TERPUJI ATAU KEJI?

6 nota kecil
assalamualaikum.
apa khabar semua?
alhamdulillah,bagi yang masih merasai nikmat sihat itu.
pada yang diuji dengan kesakitan,bersabarlah.sesungguhnya,
sakit itu penghapus dosa kecil.
insyaAllah.

CINTA.
lima abjad
yang selalu menghantui makhluk yang bergelar insan.
satu perkataan
yang mampu buat manusia tersenyum mahupun menangis.

dulu,
pernah seorang sahabat memberitahu,
dengan cinta,kita boleh jadi TERPUJI ataupun KEJI.
dulu,
saya pun tak faham,
 apa yang dimaksudkan dengan pesanan sahabat itu.
tapi,alhamdulillah,makin lama meniti hidup,
mata semakin terbuka luas,
telinga mula mendegar lebih baik,
saya mula faham apa yang dia maksudkan.

ya.
CINTA ITU FITRAH.
semua orang ada cinta.
cinta itu bagi saya,makanan ruji kehidupan. 
cinta pada manusia.
cinta pada alam sekitar.
cinta pada ilmu.
banyak lagi cinta yang ada.
tapi yang paling penting adalah,
cinta pada Yang Mencipta cinta itu sendiri.

TERPUJI atau KEJI?
besar sebenarnya effect cinta dalam hidup kita.
cinta itu tak pernah salah.
cuma,ada masanya,
cara kita mendefinisikan dan merealisasikan cinta
 itu yang buat cinta nampak salah.
sedangkan,salah sebenarnya pada diri kita sendiri.
pada hati kita sendiri.

CINTA,
buat kita terpuji,
apabila kita memilih jalan yang benar untuk merealisalikan cinta.
jalan yang berpaksikan dan diredhai oleh Pemilik Cinta itu sendiri.
tapi,
cinta juga boleh buat kita jadi keji,
bila kita hanyut dan tenggelam dalam cinta.
hingga lupa pada Pencipta Cinta itu.


















sebagai remaja,
sudah tentu kadang-kadang ada cinta yang menjengah.
tapi,jagalah cinta itu sebaiknya.
jadi matang kerana cinta.
maknakan cinta yang kita rasa dengan makna sebenar cinta.
cinta yang mampu menuntun kita dan dia bersama ke Jannah.
tak ada guna becinta kalau cinta itu jadikan kita makin dekat dengan si dia,
tetapi makin jauh dengan DIA.



















percayalah pada janji Allah.
yang indah akan hadir pada waktunya.
wassalam.

Tuesday 17 July 2012

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA

5 nota kecil

now showing


hahaha.
tak payah nak propa sangat lah kan.
dah berminggu-minggu menunggu,
malam ni Masterchef Selebriti  Malaysia dah pun berakhir.
*macam saya lak pesertanya*

dan akhirnya,
 gelaran MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA jatuk kepada
|
|
|
v



*claps and cheers*

ape agaknya yang Dato' Fazley masak malam tadi ye?
Dato' Fazley telah menyediakan hidangan yang dikenali sebagai,
Dari Paris ke London....KEKASIHKU
*ha,nama pun bukan main lagi..ko hadoo?*
ni lah antara hidangan-hidangan yang telah mengangkat Dato' sebagai juara.


memang fall in love benor gayanye..

angsa di tasik biru?

arggghh,starving..













alhamdulillah,
Dato' juga telah berjaya kumpulkan RM 57,500
untuk Yayasan Jantung Malaysia.

sejuk hati tengok ada lelaki menjadi raja didapur.
lagi seronok bila teringat perbualan dengan seorang mak cik,

Mak Cik : tangan anak makcik terkna minyak panas dua hari lepas.
Saya : macam mana boleh kena minyak panas pulak mak cik?
Mak Cik : anak mak cik tu tak nak jadi imam di bilik solat je.kalau boleh imam di dapur jugak .

adoyaiiii,ubat diabetes please.
anak mak cik tu manis sangat.
=.=

wassalam.

Monday 16 July 2012

PENAKUT

0 nota kecil
PENAKUT?
macam lagu je kan?
sori lah Kak Yuna,pinjam tajuk lagu :)
ya,saya memang seorang penakut.
sangat.
tapi,dalam hal-hal tertentu lah.
sekarang,seriously rasa takut tu semakin kuat menjengah dalam hati ni.
sukar untuk saya terangkan sebab dan siapa yang sebabkan.
sebab saya sendiri keliru,takut,insecure.
apa kena lah kan dengan saya ni.
tambah takut lagi,bila buka email.
pelik?
ya,memang saya takut bila buka email.
saya buka email,dapat ini,

terima kasih :)
tersenyum sekejap melihat hadiah diatas.
mungkin orang asing ni pun sedar,saya sedang dalam ketakutan.

seriously,
saya takut.
takut untuk memulakan kerana bimbang hati tersalah lagi.
takut untuk menerima kerana risau hati akan kecewa lagi.
takut untuk melangkah kerana khuatir hati masih tidak kuat.

saya tahu kadang-kadang,
 cara saya tak mampu diterima akal.
tapi saya tahu kemampuan diri saya.
saya tak nak kalah sekali lagi.
tewas dengan permainan dunia.
saya pernah tersilap sekali,
tak mungkin saya nak ulang silap itu sekali lagi.
cukuplah apa yang ada dalam hati ini,
 menjadi rahsia saya dan Dia Yang Maha Mengetahui.

insyaAllah,
niat yang baik,
disertai dengan usaha yang baik,
akan ada pengakhiran yang indah dan semestinya baik.

Friday 13 July 2012

CAMPUR-CAMPUR

0 nota kecil
assalamualaikum dan salam jumaat.


hari ni,schedule memang clean and clear.
lepas pergi print kerja koko tadi,tak tahu dah nak buat ape.
a'ah,nak jadi teacher pun kena belajar koko jgk.
-.-
maju lah sukan untuk negara.

hari ni, tak tahu lah kenapa perasaan bercampur-baur.
mixed feeling mesti wajib cuma rasanya hari ni lebih sikit.
kenapa?
banyak sangat sebabnya.

first,
hari ni adik tersayang,dah dapat result UPU.
alhamdulillah,dia dapat apa yang di inginkan.
dengan usaha yang tak kenal penat lelah tu.
course EKONOMI,UKM.
tahniah kamu,dekat je lah kita nanti.

ni lah tuan empunya badan.
bakal manager bank satu hari nanti ;)
kedua,
sakit rumah yang masih belum sembuh.
ntah kenapa kan.
ubat sakit rumah bukannya jual kat farmasi.
=.=

ketiga,
malam ni,saya nak ke kelantan.
untuk apa?
alhamdulillah,
salah seorang adik lain abah,lain mama dah one step closer.
tahniah untuk adik saya yang sorang ni jugak.
tabahkan hati ye sayang.
insyaAllah,ini jalan terbaik untuk kamu.
sebagai seorang kakak,kawan,sahabat,saya tumpang gembira.

setapak demi setapak, kamu semakin mendekati fasa baru ;)
cukuplah tu cakap pasal mixed feeling kan?
bukan orang nak tahu pun kan?
huhuuhu.
nasiblah kalau korang terbaca,layan jelah ea.

wassalam..






Thursday 12 July 2012

SAKIT RUMAH

0 nota kecil
assalamualaikum.
ye cantik,ye hensem.
*kelip-kelip mata*

tak tahu nak buat apa dalam kelas tadi,
bukalah website ILUVISLAM.
jumpa pulak entri KASIH UNTUK AYAH.
=.=

mulalah kolam air mata nak pecah,
fikiran pun dah sampai Terengganu,
ketuk pintu rumah,nampak abah ngan mama.
aduhai hati,sabarlah sayang.

rindu pada mereka.
tengok gambar,terbayang je muka mereka.
hantar mesej,buat panggilan antarabangsa.
bajet antarabangsa lah sangat kan.
tapi seriously,sakit rumah ni tak pernah kurang.
makin bertambah adalah.

tak mampu buat ape,
tadah tangan,doa pada Dia Yang Maha Mendengar.

ni salah satu contoh doa :)



















ya,memang saya anak sulung.
ya,memang saya ada lagi tiga adik.
ya,memang saya dah biasa duk jauh dari keluarga.

tapi,
saya masih macam anak kecil.
yang sentiasa rasa sakit rumah hari-hari.
dari Terengganu ke Kuala Krai.
dari Terengganu ke Changlun.
dari Terengganu ke Cyberjaya.
saya masih macam ni.
sakit rumah tak pernah habis.
dan tak akan habis.

km away :(
 Cyberjaya dengan Terengganu












sabarlah hati.
insyaAllah,nanti bulan puasa  boleh jenguk rumah.
wassalam.

p/s :  ada tak ubat untuk sakit rumah ni?

TAKDE TAJUK

0 nota kecil
assalamualaikum.
entry tak de tajuk.
nak share satu momen gembira hari ini.
:)


selamat malam sayang.
=.=
wassalam.

MAGIK

1 nota kecil
assalamualaikum.
baru je tengok Once Upon A Time.
dah berapa kali ulang daaa.
huhuhuhu.
tapi,seriously cerita dia ohsem sangat :)

magik?
wujud ke magik sebenarnya?
eh,bukan black magic okayyy!
bukan yang dukun,pawang,jampi serapah,kain kuning segala tu.
maksud saya,ada ke magic yang ada fairy,magic wand,magic powder?
=.=
eh,cik fifi oii.
bangun-bangun,ni bukan mimpi.
ni bukan dunia fairy tale yang selalu kamu baca masa kecik-kecik dulu.
mana lah wujud semua tu kan?
ni bukan Cinderella,bukan juga Snow White and Seven Dwarf apatah lagi Alice in Wonderland.
ini realiti,real world.

REALITI,
yang bila ada luka,ambil masa untuk sembuh.
yang bila ada masalah,kena cari jalan untuk selesaikan.
yang bila ada benci,perlu berhadapan walaupun tak nak.
yang kadang-kadang buat kita rasa hopeless dan tak mampu.

walaupun kita rasa realiti tak seindah fairytale,
tapi sebenarnya REALITI lebih indah dari yang kita sangkakan.

bila luka ambil masa untuk sembuh,
kita belajar erti sabar dan harapan.kita takkan ulang lagi penyebab luka itu.
sebab kita dah tahu betapa sakitnya luka dan kita akan menjadi lebih kuat.

bila masalah perlu diselesaikan,
kita jadi makin matang.
kita belajar untuk berkompromi.
kita juga akan belajar menjadi pendegar dan pemerhati yang baik.

bila perlu berhadapan dengan benci,
kita mula belajar erti memaafkan.
kadang-kadang,maaf merupakan salah satu dendam yang terindah.
siapa tahu,dari benci,ada sayang yang akan tumbuh.

bila waktu hopeless dan tak mampu menjengah,
waktu itulah kita belajar untuk jadi kuat.
waktu itu,kita akan semakin dekat dengan Dia.
saat itu,kita mula sedar yang walaupun kita tiada sesiapa disisi,
adanya Allah itu lebih dari cukup.

dan percaya atau tidak,

bukan dalam fairy tale je ada magic taw ;)
yes,we need a little magic.
spell apa nak baca?
nak mintak dengan fairy mana?
magic wand tu nak beli kat mana?

heyyyy,
tak perlu pun semua tu.
sebab kita masing-masing ada magik kita sendiri.
apa dia?


DOA sayang,doa.
hebat mana pun kita,
besar mana pun kuasa kita,
tinggi mana pun pangkat kita,
kita masih perlukan doa.
kenapa?
sebab kita hanya seorang Hamba.
dan akan kekal begitu walau apa pun yang terjadi.
yes,realiti kadang-kadang pahit,
tapi dengan doa,akan ada manis diakhirnya.
realiti juga kadang-kadang sudah indah,
tapi,dengan doa,akan jadi lebih bermakna.

sahabat,
Allah sangat dekat.
jangan putus harap dan yakin lah pada janji-Nya :)

Allah itu dekat :)
dan percayalah.
saat kita rasa kita tak punya siapa-siapa,
adanya Allah itu,lebih dari cukup.lebih dari cukup.
wassalam.

p/s : untuk perkongsian bersama. jom,kita praktikkan MAGIK ni :)




Wednesday 11 July 2012

SEMALAM

9 nota kecil
assalamualaikum semua.
hai cantik dan kacak.
*angkat-angkat kening*

semalam,ada suatu kejadian berlaku.
dan ia mengingatkan saya pada satu fasa dalam hidup saya.
satu fasa yang telah lama saya tinggalkan.
dan sekarang,ianya hanya kekal sebagai satu pengajaran.
betul orang cakap,SEJARAH boleh mengajar kita.

tak perlulah diungkit fasa gelap itu lagi.
cukuplah untuk tahu,ia meninggalkan impak yang besar.
dan juga mengajar saya untuk lebih berhati-hati.

ahamdulillah.
sejarah itu mengubah saya.
mengubah pandangan hidup saya.
kenapa?
kerana sejarah itu, saya menjadi semakin kuat.
betul,kadang-kadang Allah hadirkan seseorang untuk menguji kita.
dan,alhamdulillah selepas ujian itu,ada sesuatu yang indah dan lebih besar menanti.
insyaAllah.

pelangi pun datang selepas turunnya hujan ;)
betul kan,
salah yang lama bukan untuk di ulang kembali.
ambil pengajaran,jadikan sempadan.
sampai bila nak jadi orang yang bodoh kurang cerdik,
mengulang salah yang sama?

percayalah sahabat,
Allah takkan menguji kita diluar kemampuan kita.
Allah tahu kita mampu.
Cuma,kita perlu percaya dan yakin.
Percaya dengan janji Allah.
Dan yakin,bahawa hanya Dia apa yang terbaik untuk kita.

mungkin kita pernah ada masa lampau yang agak suram,
tapi jangan lupa,kita juga ada masa depan.
kita tak mampu undur balik ke masa lampau,
tapi kita mampu jadi lebih baik di masa depan.
kan?

terima kasih ya Allah atas nikmat-Mu yang tak terhingga.
insyaAllah,itulah yang terbaik.

hanya Dia Yang Maha Mengetahui :)

alhamdulillah,
salah seorang adik  lain abah,lain mama telah melangkah ke fasa yang baru.
tahniah adikku sayang.
sebagai seorang kakak,saya gembira buat kamu.
semoga,perjalanan kamu untuk membina syurga cinta dunia dilimpahi rahmat.
insyaAllah.

ada tak jual yang macam ni?
kot boleh buat hadiah kan? ;)
dahlah,makin berjela,makin menyimpang pulak.
nak sambung buat kerja lak.
=.=
wassalam.

REMINDER #2

3 nota kecil
assalamualaikum.
apa khabar diri?
apa khabar hati?

alhamdulillah,
demam hari minggu sudah kebah.
hati?
entahlah.
hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

semalam,
tergerak hati plak nak buka email.
menanti?
tak kot.
buka dan dapat ni.
another reminder.
untuk hati ini sendiri.


terima kasih.
betul katanya.
salah yang lama bukan untuk diulang.
belajar dari kesilapan.
insyaAllah,ada sesuatu yang sedang menanti di masa hadapan.
dan,itulah yang terbaik.

Monday 9 July 2012

KAHWIN MUDA? ^_^

3 nota kecil
alhamdulillah,masih lagi merasa nikmat hidup itu.
walaupun kepala tengah-tengah pening.
badan pun rasa panas je.
hidung ni,dh tak larat nk tonyoh tisu.
propa je lebih ni

tengok tajuk entry tu,
mesti macam-macam reaksi korang kan?
korang?
bajet ade orang lah baca blog ko ni cik kak oii
mesti ade yang tengah senyum,sengih,
angkat kening,malu sampai tutup muka.
huhuhu.
saya?
buat muka tak ambil port je lah yang mampu.
dalam hati Allah je yg tahu.
-.-

sebenarnya isu pasal kahwin muda ni,
bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.
dah banyak sekarang.
banyak contohnya,macam ni
:)

ni Mira dan zauj dia,Muhsin.
mula-mula baca pasal dyeorang ni kat blog
Diari Rindu Muhsin & Mira.
diaorang kahwin tahun lepas.
masa tu,dyeorang baru je umur 19.
dua2 still belajar lagi.
sorang kat UKM,sorang kat UNIMAS.

sekarang,20 dhlah.
eh,20?
errrkk,sme lah.saya pun =.=

lepas tu,
heboh pulak pasal video kat youtube tu,
yang pasal laki tu propose that girl with video.
a'ah.
video yg I've been proposed.
yes,Deena Bahrin.
28 April lepas,dia sudah selamat menjadi seorang zaujah.
apa yang sangat manis,they created their love story after the marriage.

manis.
terlebih manis.
ubat diabetes,please?
deena yg comel tu pun,umur 20.
eh?
sme lagi
=.=
yang terbaru,si blogger cantik manis yang sudah pun bergelar Puan.
betul lah tu,Irene Nadia Marcello.
29 Jun, si cantik ni dah selamat menjadi isteri kepada Mohd Amirul.

bagai pinang di belah dua.
eh,Irine ni pun, umur 20.
sme lgi?
T.T
sebenarnya,banyak lagi contoh lain,tapi tak larat lah nak tekan keyboard ni.
huhuhu.
alhamdulillah,walaupun mereka masih muda,
tapi mereka sudah menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.

ye,memang sweet kan.
saat kawan-kawan lain sedang sibuk mengejar cinta,
mereka sudah memiliki cinta yang halal.
mereka sudah ada syurga cinta mereka sendiri.
insyaAllah,hingga ke Jannah.

saya?
dulu,saya selalu cakap nak kahwin umur 27tahun.
0.o
tapi bila dah pandai fikir,saya sedar kahwin bukan pasal umur.
it's about yourselfself and your personality.
masa akan tiba dengan izin-Nya,tapi macam mana dengan kita pada waktu itu?
bersedia atau pun tak?
it's not just about the guy says the akad,and then you're married.
it's all about responsibilities and the new life that will lead you to Jannah.
insyaAllah.
it's a big deal.
and of course for that BIG thing,you need to prepare.
if you want someone better,make yourself better first.

p/s : kadang-kadang ada benda di luar jangkaan.

Thursday 5 July 2012

SABAR ITU MANIS

5 nota kecil
alhamdulillah.
hari ni,masih lagi mampu menulis dan membebel =.=
rasa macam dh lama tak menaip-naip ni.
*even baru beberapa hari*
alhamdulillah,weekend lepas, ada gembira menjengah.
betul,sabar itu manis.
sangat manis.

sabar.
tak semua mampu sabar.
tak semua.
sebab sabar sama macam coffee.
pahit pada mulanya, tapi manis selepas beberapa ketika.
dan mampu buat kita tersenyum.
sama dengan sabar.
susah pada mulanya,tapi percayalah hasilnya sangat manis.
sangat manis.


bila diuji,
sabarlah hati.sabarlah diri.
sebab,kita tak tahu apa yang ada disebalik ujian itu.
kadang-kadang Allah bagi kita ujian sebab nak kita makin dekat dengan Dia.
Allah nak kita selalu ingat pada Dia.
Allah nak tunjuk yang Dia masih sayang pada kita.

bila diuji,
ikhlaskan lah diri.
percaya inilah yang terbaik untuk kita.
terima dengan hati yang terbuka.
dan,pohonlah kekuatan dari-Nya agar kita terus kuat dan tabah untuk lalui semua ini.
mintalah agar kita diberikan kesabaran untuk terus percaya akan janji-Nya.



p/s : sweet kan Allah tu? memberikan kita nikmat yang kadang-kadang kita sendiri tak jangka.

Sunday 1 July 2012

MAHAR CINTA

0 nota kecil
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Apa khabar hati?
Apa khabar iman?
J
Tadi ada orang suruh dengar  lagu Maharku Untukmu.
Mula-mula dengar tajuk, macam konfius je,sebab tak pernah dengar.
Tapi, gagahkan jugak jari-jari kasar runcing  taip-taip kekunci keyboard.
*ayat tak leh blah*
Search kat youtube, dan jumpa!
Alhamdulillah.
Akhirnya jumpa juga video, siap dengan lirik lagi.
J
Ni lirik lagu Maharku Untukmu.

Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci


Seriously,lagu ni tangkap jiwa saya.
Kenapa?
Entahlah, macam ada sesuatu je.
Lalalalalalala.
Rasanya, bukan saya sorang je kot.
Tapi, apa pedapat korang pasal mahar ye?

Selalunya orang bagi duit kan?
kalau kat Malaysia ni, ikut negeri kan nilai dia?
tapi, ada jugak yang tak ikut kan.
sebenarnya, dalam Islam tak ditentukan pun nilai mahar ni.
tetapi, hukumnya WAJIB tau.
ha,siap caps lock lagi tu.

amboi,warna-warni dia punya :)

ada juga yang bagi barang kemas.

tak kurang, yang bagi Al-Quran

Kalau ikut lagu ni, mahar ni sesuatu yang perlu ikhlas dan lahir dari hati.
Mungkin sebagai tanda cinta.
Tak perlu mahal tetapi bermakna.

Saya?
Saya rasa cukuplah macam lagu tu jugak.
Tak perlu mahal tapi bermakna.
Yang penting ikhlas dan lahir dari hati.
Yelah kan, kalau mahal, tak menjamin pun kebahagiaan kita.
Memang tak dinafikan, duit itu perlu, tapi duit bukan lah segalanya.
Kan?
Dan kebahagiaan kita tak terletak pada semua itu.

Tapi, tak tahu lah kan bagi orang lain.
Hehehe.

agak-agak, ni boleh tak?
okay2,just kidding.
walau apa pun,semoga ianya yang terbaik.
perkahwinan itu bukan satu pengakhiran cerita, 
tetapi permulaan bagi sesebuah hubungan dan juga kisah cinta yang membawa kita ke Jannah.
insyaAllah.
wassalam.

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template