Friday 20 July 2012

BAKTI ARJUNA FITRI

assalamualaikum semua.
salam jumaat.
pagi jumaat ni,
saya menangis dalam hati.
kenapa?
kerana ini,


BAKTI ARJUNA FITRI.
saya rasa ramai yang dah tahu pasal si kecil ini.
bagi yang tak tahu, 
anak kecil ini merupakan putera kepada Fynn Jamal.
ye,Fynn Jamal yang nyanyi lagu 150 Juta tu.

anak kecil ini,
baru berusia 1 bulan 2 minggu.
siapa sangka,jantungnya  bermasalah.
dan,terpaksa menjalani pembedahan jantung.

alhamdulillah,dalam masa satu hari,
dana untuk pembedahan telah berjaya dikumpul.
dan ini,antara gambar ARJUNA selepas pembedahan.


alhamdulillah,
segalanya berjalan lancar.

saya bukan siapa-siapa untuk mereka.
tapi sebagai insan,saya menangis dalam hati.
sedih,sayu dan kagum,
melihat anak  kecil ini menanggung sakit .
sakit yang saya sendiri tidak tahu rasanya.

Arjuna sayang,
kamu insan bertuah.
lihat lah sekeliling kamu.
ramai yang jatuh sayang pada kamu.
ramai yang mula kagum akan semangat kamu.
ramai yang mendoakan kesihatan dan kekuatan kamu.

bangun sayang,
mummy dengan daddy kamu sedang menunggu.
kami semua juga sedang menunggu kamu kembali sihat.
insyaAllah,untuk menjadi seorang insan yang kuat dan tabah.

buat Kak Fynn,
kami semua ada bersama.
mungkin tidak secara fizik atau material,
tapi insyaAllah,doa kami mengiringi kamu sekeluarga.

p/s:
kalau anak kecil ini kuat untuk memperjuangkan hidup,
apa alasan kita untuk rasa putus asa dan mengalah dalam kehidupan ini?
wassalam.








6 nota kecil:

  1. teruskn hidup kerana setiap manusia ada waktu tersendiri ^^
    moga2 bayi kecil itu terus kuat

    ReplyDelete
  2. syafakillah...ujian tanda allah peduli.. moga si kecil itu sentiasa di bawah lindungaNYA..moga allah redha..

    ReplyDelete
  3. semuanya telah ditentukan. yg penting kita usaha yg terbaik :)

    ReplyDelete
  4. @nadia,btul2.. semoga juna trus kuat :)

    @pipi merah,insyaAllah.setiap kejadian-Nya ada khmah tersembunyi :)

    @gadis melayu,btul2.insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Comelnya baby merekaa :') semoga cepat sihat arjuna fitri.. ♥

    ReplyDelete
  6. @zira,ye Juna sngt hensem.Juna dh blik rumah dh pun.Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

 

CERITA CINTA CIKGU Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template